PERCUTIAN KE BANDUNG ( 10 - 14 DISEMBER 2009)
Kami sekeluarga berangkat pada 10 hb Disember 2009 sebaik selesai SPM.....Kak Long aje yang tiada..nanti ada reseki,ke Bandung lagi.
Flight tertangguh hampir sejam. Pukul 12.00 malam baru tiba di Airport Bandung dan jam 1.00 pagi check in di Hotel Sukajadi.Hotel ini selalu fully book dan kami adalah pelanggan yang ditunggu-tunggu
Hari Ke 2...Pukul 5 pagi Bandung dah cerah (6.00 pagi waktu Malaysia)-Solat Subuh.Breakfast di hotel saja sebab tak pasti Rumah Makan(restoren) lagi.Jam 9.00 pagi naik teksi ke Pasar Baru Bandung...Disana ada macam-macam dari Tingkat 1 hingga Tingkat 5 rasanya..dari pakaian lelaki, wanita ,kanak-kanak, kain ela, langsir, telekong...semua ada..yang penting pandai tawar menawar. Kalau di Jakarta ada Tana Abang. di Tana Abang lagi teratur dan fesyennya lagi uptodate...Sedar tak sedar dah hampir 1 tghri..perut lapar....last-last makan di Food Court...Selepas makan pulang ke hotel.Fitri, Ika dgn fareez ambil peluang mandi........Petang dalam pukul 5 keluar semula ke factory outlet sekitar Dago.Kali ni kami cari seorang tour guide bernama Uncle Sam .Peramah orangnya.Kami ke JETSTAR dan SUMMIT.Hari pertama sahaja dah tak muat tangan nak bawa.Balik semula ke hotel jam 10.00 malam.
Hari Ke 3 kami ke Tangkuban Perahu. Di sekitar sini saja kami habiskan setengah hari.Nak masuk kena bayar 50000 ribu ruppiah...5 orang dah berapa- tolak sikecik tinggal 4.Tangkuban Perahu ni bekas kawasan gunung berapi...Kagum dengan ciptaan ALLAH.Kami juga menuruni bukit turun ke Kawah Domas.Turun 1 kilometer melalui kawasan hutan dengan tour guide. Dah sampai, penat tak terkira.Sempat rendam kaki dan merebus telur...berehat 20 minit jalan kaki lagi 1 kilometer untuk ke kenderaan yang menunggu. Bak kata Fitri, PUAS...
Selesai setengah hari , kami pulang semula ke Kota Bandung .Oleh kerana hari Sabtu, kenderaan banyak, jadi jem (macet)..Terus ke Rumah Mode, factory outlet paling terkemuka, kata orang Bandung......tapi memang betul.....waduh...menggoda betul dengan harga yang murah berbanding di sini..Terus ke Cibaduyut tempat barangan kulit...Suamiku membeli jaket..sambung ke Chimpeles pulak...syurga jeans, sepanjang jalan kedai-kedainya...Jam 6 petang ...dah penat pulang ke Hotel.Malamnya kami dinner di Restoren Pak Cik Mat di depan hotel......makanannya agak sedap...
Hari Ke 4...Malamnya dah meeting,pergi ke outlet-outlet lagi..Kami pergi lagi ke sekitar Dago dan jalan Riau...Habiskan wang ruppiahnya.......dari 3 beg jadi 6 beg termasuk yang kecik-kecik.Nampaknya setahun la I tak shopping.....
.jpg)
.jpg)
.jpg)


No comments:
Post a Comment