Wednesday, December 30, 2009
Sekolah, Sekolah,Sekolah
2010 bakal menjelma........Hampir 21 tahun bergelar pendidik.Segala onak,ranjau duri telah kulalui...Di SK Dengkil ini juga telah hampir 17 tahun aku disini.Dibawah 5 guru besar, 3 lelaki dan 2 wanita.Di era yang berlainan. 3 anak-anakku juga tamat pengajian rendah di sini.Kesemuanya cemerlang di sekolah ini.Rakan-rakan lama masih bersamaku di sini, Norazlina, Norzalina, Norrizan, Rohani, Lijah antara orang-orang lama yang nampaknya bukan sahaja awet muda malah kuat bekerja......sama kuat dengan Puan Wan, GB kami......mudah-mudahan kami diberi semangat dan kekuatan untuk terus berjuang di dunia pendidikan.
Thursday, December 17, 2009
SALAM MAAL HIJRAH 1430 H
Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah
Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.
Wednesday, December 16, 2009
Cuti sekolah (3) BANDUNG
PERCUTIAN KE BANDUNG ( 10 - 14 DISEMBER 2009)
Kami sekeluarga berangkat pada 10 hb Disember 2009 sebaik selesai SPM.....Kak Long aje yang tiada..nanti ada reseki,ke Bandung lagi.
Flight tertangguh hampir sejam. Pukul 12.00 malam baru tiba di Airport Bandung dan jam 1.00 pagi check in di Hotel Sukajadi.Hotel ini selalu fully book dan kami adalah pelanggan yang ditunggu-tunggu
Hari Ke 2...Pukul 5 pagi Bandung dah cerah (6.00 pagi waktu Malaysia)-Solat Subuh.Breakfast di hotel saja sebab tak pasti Rumah Makan(restoren) lagi.Jam 9.00 pagi naik teksi ke Pasar Baru Bandung...Disana ada macam-macam dari Tingkat 1 hingga Tingkat 5 rasanya..dari pakaian lelaki, wanita ,kanak-kanak, kain ela, langsir, telekong...semua ada..yang penting pandai tawar menawar. Kalau di Jakarta ada Tana Abang. di Tana Abang lagi teratur dan fesyennya lagi uptodate...Sedar tak sedar dah hampir 1 tghri..perut lapar....last-last makan di Food Court...Selepas makan pulang ke hotel.Fitri, Ika dgn fareez ambil peluang mandi........Petang dalam pukul 5 keluar semula ke factory outlet sekitar Dago.Kali ni kami cari seorang tour guide bernama Uncle Sam .Peramah orangnya.Kami ke JETSTAR dan SUMMIT.Hari pertama sahaja dah tak muat tangan nak bawa.Balik semula ke hotel jam 10.00 malam.
Hari Ke 3 kami ke Tangkuban Perahu. Di sekitar sini saja kami habiskan setengah hari.Nak masuk kena bayar 50000 ribu ruppiah...5 orang dah berapa- tolak sikecik tinggal 4.Tangkuban Perahu ni bekas kawasan gunung berapi...Kagum dengan ciptaan ALLAH.Kami juga menuruni bukit turun ke Kawah Domas.Turun 1 kilometer melalui kawasan hutan dengan tour guide. Dah sampai, penat tak terkira.Sempat rendam kaki dan merebus telur...berehat 20 minit jalan kaki lagi 1 kilometer untuk ke kenderaan yang menunggu. Bak kata Fitri, PUAS...
Selesai setengah hari , kami pulang semula ke Kota Bandung .Oleh kerana hari Sabtu, kenderaan banyak, jadi jem (macet)..Terus ke Rumah Mode, factory outlet paling terkemuka, kata orang Bandung......tapi memang betul.....waduh...menggoda betul dengan harga yang murah berbanding di sini..Terus ke Cibaduyut tempat barangan kulit...Suamiku membeli jaket..sambung ke Chimpeles pulak...syurga jeans, sepanjang jalan kedai-kedainya...Jam 6 petang ...dah penat pulang ke Hotel.Malamnya kami dinner di Restoren Pak Cik Mat di depan hotel......makanannya agak sedap...
Hari Ke 4...Malamnya dah meeting,pergi ke outlet-outlet lagi..Kami pergi lagi ke sekitar Dago dan jalan Riau...Habiskan wang ruppiahnya.......dari 3 beg jadi 6 beg termasuk yang kecik-kecik.Nampaknya setahun la I tak shopping.....
Cuti Sekolah (2) -BANJIR DI RUMAH AKI DI PEKAN PAHANG
Sunday, December 6, 2009
De Dengkil Stable
.jpg)
.jpg)

Angan-angan menjadi kenyataan.....Dari seekor kini ada 18 ekor kuda....Pelbagai nama...Siti,Mek Yah, Lily, Lotto,Bombay, Maya, Silver, Amos, Al Shahir(anak Silver), Livia (anak Lily), Putih, Amos, Luna, Acha, Jack, Jill.......Jika berkesempatan kami akan berkampung di stable pada Sabtu dan Ahad.....
Thursday, December 3, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Senyuman yang menawan.......
Tahun 2010 jahit apa agaknya.......